Saturday, May 30, 2015

Antara Percaya & Yakin



Suasana bingit di hujung kampung menjadi tanda tanya seorang anak kecil. Setelah dirayu berkali-kali, akhirnya sang ayah membawa anak tersebut ke sana. Oh ada keramaian rupanya, banyak khemah-khemah didirikan. Aneka makanan dan pelbagai barangan yang dijual, tak kurang juga variasi permainan yang disediakan buat para pengunjung tak kira usia...

Malam seolah-olah hidup, gelak tawa dan gurau senda dilihat sana dan sini. Ada yang datang bersama keluarga, teman dan ada juga yang datang seorang. Sesekali terasa silau dengan sinaran lampu neon yang pelbagai warna. Muzik dipasang menghangatkan lagi suasana..

Tiba-tiba....

Ayah..
Ayah...

Tangan sang ayah ditarik oleh anak kecil, Membawa menuju ke satu tempat yang meriah namun tak kelihatan acaranya lantaran dikerumuni manusia. Ada apa ya??

Setelah bersusah payah menyelitkan diri dalam puluhan manusia, dapatlah sang ayah berdiri dihadapan pengemudi acara sambil mendukung si anak kecil. 

"Hebatnya ayah!!" kata anak kecil. Dihadapan mereka sekarang adaya acara membaling pisau ke arah epal yang berada di atas kepala salah seorang ahli pasukan tersebut. Pelontar pisau memakai penutup mata!!!

"Ya hebat" balas sang ayah kembali..

"Ada sesiapa yang ingin mencuba?" tanya ketua pasukan tersebut..tak ada siapa pun yang melangkah ke hadapan.
"Jangan risau, pemain kami adalah seorang yang terlatih" tambah ketua pasukan tersebut sambil tersenyum..

Kedengaran bisik-bisik halus dalam kalangan penonton, mereka percaya akan kebolehan pelontar pisau tersebut..Namun ramai yang menyatakan keraguan mereka tika diminta menjadi sukarelawan bagi acara tersebut...Mereka PERCAYA tapi mereka tidak YAKIN..


Begitulah kehidupan seharian kita saudara saudari. Kita percaya Allah ada, namun berapa peratus keyakinan kita padaNya??

Sebagai contoh, ketika kita berdoa, kita meminta..tapi dalam hati, masih terselit rasa takut dan risau akan dunia..walhal ketika itu kita sedang berbicara dengan Yang Maha Menguasai, Maha Melindungi, Maha Mendengar & Maha Mengetahui. Dialah yang Maha Mengaturkan..

Kadang, dalam diam, diri tertanya-tanya mengapa doa tidak dikabul, diri mula tertanya adakah Allah mendengar doa yang dilafaz? Takut dunia mula menguasai, risau berpanjangan yang melelahkan tak berkesudahan..

Percaya tanpa yakin umpama mengatakan "haha" dalam mesej tanpa ketawa. Namun percaya dengan yakin menjadikan kita seorang yang punya fokus dalam hidup. Manakala PERCAYA &YAKIN pada ALLAH, akan menjadikan kita seorang Muslimin dan Muslimah yang kuat...

No comments:

Post a Comment