Saturday, May 30, 2015

Antara Percaya & Yakin



Suasana bingit di hujung kampung menjadi tanda tanya seorang anak kecil. Setelah dirayu berkali-kali, akhirnya sang ayah membawa anak tersebut ke sana. Oh ada keramaian rupanya, banyak khemah-khemah didirikan. Aneka makanan dan pelbagai barangan yang dijual, tak kurang juga variasi permainan yang disediakan buat para pengunjung tak kira usia...

Malam seolah-olah hidup, gelak tawa dan gurau senda dilihat sana dan sini. Ada yang datang bersama keluarga, teman dan ada juga yang datang seorang. Sesekali terasa silau dengan sinaran lampu neon yang pelbagai warna. Muzik dipasang menghangatkan lagi suasana..

Tiba-tiba....

Ayah..
Ayah...

Tangan sang ayah ditarik oleh anak kecil, Membawa menuju ke satu tempat yang meriah namun tak kelihatan acaranya lantaran dikerumuni manusia. Ada apa ya??

Setelah bersusah payah menyelitkan diri dalam puluhan manusia, dapatlah sang ayah berdiri dihadapan pengemudi acara sambil mendukung si anak kecil. 

"Hebatnya ayah!!" kata anak kecil. Dihadapan mereka sekarang adaya acara membaling pisau ke arah epal yang berada di atas kepala salah seorang ahli pasukan tersebut. Pelontar pisau memakai penutup mata!!!

"Ya hebat" balas sang ayah kembali..

"Ada sesiapa yang ingin mencuba?" tanya ketua pasukan tersebut..tak ada siapa pun yang melangkah ke hadapan.
"Jangan risau, pemain kami adalah seorang yang terlatih" tambah ketua pasukan tersebut sambil tersenyum..

Kedengaran bisik-bisik halus dalam kalangan penonton, mereka percaya akan kebolehan pelontar pisau tersebut..Namun ramai yang menyatakan keraguan mereka tika diminta menjadi sukarelawan bagi acara tersebut...Mereka PERCAYA tapi mereka tidak YAKIN..


Begitulah kehidupan seharian kita saudara saudari. Kita percaya Allah ada, namun berapa peratus keyakinan kita padaNya??

Sebagai contoh, ketika kita berdoa, kita meminta..tapi dalam hati, masih terselit rasa takut dan risau akan dunia..walhal ketika itu kita sedang berbicara dengan Yang Maha Menguasai, Maha Melindungi, Maha Mendengar & Maha Mengetahui. Dialah yang Maha Mengaturkan..

Kadang, dalam diam, diri tertanya-tanya mengapa doa tidak dikabul, diri mula tertanya adakah Allah mendengar doa yang dilafaz? Takut dunia mula menguasai, risau berpanjangan yang melelahkan tak berkesudahan..

Percaya tanpa yakin umpama mengatakan "haha" dalam mesej tanpa ketawa. Namun percaya dengan yakin menjadikan kita seorang yang punya fokus dalam hidup. Manakala PERCAYA &YAKIN pada ALLAH, akan menjadikan kita seorang Muslimin dan Muslimah yang kuat...

Monday, May 25, 2015

Satu hari nanti....

Melihat gambar ini, buat aku teringat satu kisah yang pernah dibaca dulu.. Ingat2 lupa sikit..kisah tentang seorang pakcik penjual aiskrim dan seorang anak muda..  Ketika keluar dari surau, anak muda tersebut telah bertemu dengan pakcik yang menjual aiskrim..setelah berbual untuk beberapa ketika, tahulah anak muda tadi, bahawa hasil jualan aiskrim pakcik tersebut dibahagi kepada tiga bahagian..satu untuk digunakan sebagai nafkah harian, satu untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau dan satu lagi tabungan untuk menunaikan haji.. Apa yang menariknya adalah jawapan pakcik tersebut terhadap persoalan anak muda tentang ibadah haji dilakukan bagi orang2 yang berkemampuan..pakcik tersebut menyatakan bahawa seandainya kita berusaha, pasti kita mampu..Allah akan membuka jalan kemudahan..jangan berhenti usaha..  Yeah, that's the main point of this story..berusahalah untuk sampai ke sana, yakni Mekah..bkn sekadar untuk melawat tapi untuk menunaikan haji..jangan diguna alasan tak mampu sekiranya diri belum berusaha.. #sebuahkisah#satuperkongsian#muhasabahdiri
Melihat gambar ini, buat aku teringat satu kisah yang pernah dibaca dulu.. Ingat2 lupa sikit..kisah tentang seorang pakcik penjual aiskrim dan seorang anak muda..

Ketika keluar dari surau, anak muda tersebut telah bertemu dengan pakcik yang menjual aiskrim..setelah berbual untuk beberapa ketika, tahulah anak muda tadi, bahawa hasil jualan aiskrim pakcik tersebut dibahagi kepada tiga bahagian..satu untuk digunakan sebagai nafkah harian, satu untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid atau surau dan satu lagi tabungan untuk menunaikan haji..

Apa yang menariknya adalah jawapan pakcik tersebut terhadap persoalan anak muda tentang ibadah haji dilakukan bagi orang2 yang berkemampuan..pakcik tersebut menyatakan bahawa seandainya kita berusaha, pasti kita mampu..Allah akan membuka jalan kemudahan..jangan berhenti usaha..

Yeah, that's the main point of this story..berusahalah untuk sampai ke sana, yakni Mekah..bkn sekadar untuk melawat tapi untuk menunaikan haji..jangan diguna alasan tak mampu sekiranya diri belum berusaha..

#sebuahkisah#satuperkongsian#muhasabahdiri

Jodoh...





Image result for kata kata allah tentang jodoh

Jodoh akan datang tika diri bersedia.... 
Begitula tajuk nukilan pada hari ini.... :) 
Tertarik takkk??? 
Haha 

Bismillah... 
"CINTA mungkin datang ketika kita SUNYI & sendiri, tapi JODOH akan datang ketika kita sudah BERSEDIA'' 

Bicara tentang jodoh, satu misteri yang hanya memberatkan fikiran jika difikir tanpa henti. Bertemu jodoh dengan pernikahan itu belum pasti, namun bertemu jodoh dengan kematian itu sudah tentu. Dalam sibuk mengira waktu, menghitung masa, menanti datangnya kekasih hati, teman halal, sahabat sejati di dunia, jangan dilupa bahawa jodoh dengan kematian itu lebih dekat dan tak diketahui bila tiba saatnya. :) 

Berbalik pada tajuk nukilan pada hari ini, " Jodoh akan datang tika diri bersedia...''..Ya, saudara saudari...jodoh pernikahan akan datang tika diri bersedia...Pernikahan, penyatuan dua insan dalam hubungan yang halal, pertemuan dua hati yang saling menenangkan memerlukan seseorang yang bersedia dari sudut jasmani dan rohani. Pernikahan hadir dengan obligasi yang besar dan berat. Pernikahan bukan sehari dua, tapi sentiasa menjadi impian agar kekal hingga akhir nafas. Pernikahan tak hanya dihias cantik dengan gelak tawa, pasti teselit jua, rajuk sayang dan air mata. Oleh itu, hati yang kuat, fikiran yang matang, sabar yang tinggi adalah resepi wajib dalam memacu sebuah ikatan pernikahan, dan semestinya pegangan yang kuat pada agama adalah tunjangnya. Jodoh akan datang tika diri bersedia.. 

Saat hati terdetak nama seseorang, fikiran mula melayang melukis wajah seseorang, tenangkanlah hatimu dengan solat..Duduk dan bercakaplah dengan pemilik dirinya..Agar, Dia memilih yang terbaik buatmu... :)

Image result for kata kata allah tentang jodoh

Assalamualaikum...

Assalamualaikum... :)

Aku...seorang yang suka berfikir
Monolog dalaman dah jadi sebahagian dari rutin harian
Tak semua perkara yang boleh dikongsi
Kadang berdiam diri adalah lebih baik...

Aku...adalah aku
Ada yang gelar aku pelik
Haha...
Mungkin kerana apa yang aku lihat tak sama seperti mereka...

Selamat berkenalan....

Aku seorang pemantun...

So...

Hasil hukum perindah alam,
Santun bergabung beri pedoman,
Assalamualaikum salam disulam,
Ucapan tanda mendalam persaudaraan...... :)